TONY SPIDER MENINGGAL DUNIA DI STUDIO RAKAMAN
TONY SPIDER MENINGGAL DUNIA DI STUDIO RAKAMAN
KUALA LUMPUR: Pemain bass kumpulan terkenal, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi pada Rabu.
Astro AWANI difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman M. Nasir di Sungai Buloh.
Berita duka pemergian Tony turut dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3.00 pagi, menurut Astro AWANI.
“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin,” tulis Along.
Selain Allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular di Malaysia yang mendapat didikan dan asuhan M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).
Antara lagu popular kumpulan Spider adalah Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.