Tokey Ayam Bongkar Rahsia Kenapa Ayam Tiada, Ayam Mahal, Ayam Disorok?
Tokey Ayam Bongkar Rahsia Kenapa Ayam Tiada, Ayam Mahal, Ayam Disorok? Ada Pihak Tertentu Mempunyai Agenda Tersembunyi?
Assalamualaikum, saya Yani.
Pengalaman dalam industri ayam taklah banyak, ada lah dalam 10 tahun dalam penternakan, proses, dan perniagaan ayam.
Harini saya nak kongsi kisah sebenar, lengkap, kenapa sejak akhir-akhir ini, ayam tiada di pasar,
KFC tiada ayam goreng, ayam naik harga,
Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun. Harga bergantung apa? Bergantung kos, kos naik, harga naik, kos turun, harga turun. Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai.
Kemudian, pada tahun lepas harga bahan mentah import meningkat mendadak. Kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa dan faktor bekalan.
Jadinya, harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021), harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021) dan harga gandum meningkat. Semua bahan-bahan yang menjadi kandungan utama dedak naik lebih 80%.
Dan bahan-bahan ini diimport. Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya.
Ayam daging ni, dedak-dedaknya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan. Dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.
Baka ayam ini kebanyakannya baka-baka import, seperti COBB, ROSS dan Indian River. Ayam ini bukan makan jagung manis Cameron Highland, ayam makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia.
Bahan-bahan ini, kita bukan import sikit, setahun, lebih 3.9 juta tan matrik jagung bijirin dan lebih 1.4 juta tan metrik soya diimport . Boleh kita hasilkan sebanyak tu?
Memang boleh. Jadi bila bahan-bahan mentah ini naik harga, harga dedak meningkat dari RM80/50kg kepada RM120/50kg, meningkat lebih 50%.
Bila kos meningkat, maka kos ternakan meningkat dan macam biasa, logiknya, harga ayam turut meningkat, dan itu yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.
Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30, tanpa kawalan harga dan subsidi kepada dedak.
Sebenarnya, pengilang dedak, penternak sudah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan. Bila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi.
Jadi kami sebagai penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan sementara kami nampak titik keluar
Jadi sebab itulah ayam kurang. Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup. Kemudian, harga kawalan makin turun RM9.10, kemudian RM8.90 dan ada pula buat RM8.
Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar. Bukan anak ayam tiada atau yang punca bermasalah.
Tapi, siapa yang nak ternak ayam bila rugi? Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan
Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal dan pada masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas pada harga mampu milik. Sekian
Sumber: Yani Hardinata Hairuddin via Tokey Ayam Wak Akob, Keluarga My.
Pendapat ini adalah pendapat peribadi penulis.