Tindakan tegas kepada antivaksin
Tindakan tegas kepada antivaksin
KUALA LUMPUR- Golongan antivaksin tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa kerana terdapat pelbagai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka.
Perdana menteri , datuk seri ismail sabri yaakob, berkata bagaimanaun tindakan itu bukan lah disebabkan mereka antivaksin, sebaliknya kerana perbuatan menyebabkan fitnah dan berita palsu .
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Memang dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk ambil tindakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu.
Jadi bukan kerana antivaksin, tetapi kerana berita (palsu) yang mereka sebar kita boleh ambil tindakan.
Khairy jamaluddin sudah cakap semalam dan kita bersetuju dengan apa yang disebutkan beliau,”
Katanya dalam sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di perumahan awam seri perak, bandar baru sentul, pada sabtu.
Semalam , khairy jamaluddin , dilaporkan memohon pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwa an terhadap kumpulan antivaksin.
Tegasnya , kementerian kesihatan (kkm) sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.
Bagaimanapun , katanya , beberapa kumpulan antivaksin dilihat masih berdegil dan berterusan menyebabkan berita palsu berkaitan vaksin covid-19 hingga mengancam kesihatan awam.-SAHIH.