Timbalan Menteri Kerja Raya lawat kawasan bencana tanah runtuh
Timbalan Menteri Kerja Raya lawat kawasan bencana tanah runtuh
LIPIS : Timbalan Menteri Kerja Raya, di Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad tidak dapat menggambarkan simpatinya sebaik tiba di lokasi runtuhan berhampiran ladang organik Father’s Organic Farm, Batang Kali, dekat sini, hari ini.
Beliau sempat bertemu dengan salah seorang mangsa yang terselamat, mangsa menceritakan detik cemas itu berlaku sekelip mata selepas berlaku bunyi letupan kuat dan bunyi tanah dan pasir jatuh.
“Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang.
“Bagi pihak Kementerian Kerja Raya, kita akan dapatkan laporan daripada forensik JKR untuk dapatkan analisis bagi merangka tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga lewat malam. Buat masa ini seramai 300 orang anggota SAR sedang giat laksanakan operasi pencarian.
“Kita doakan semoga proses menyelamat berjalan lancar, ketika ini, saya dimaklum19 orang meninggal dunia, 14 dikhuatiri hilang,” katanya.-SAHIH.