TIMBALAN MENTERI BERADA DI NEW ZEALAND?
TIMBALAN MENTERI BERADA DI NEW ZEALAND?
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen PKR bertanya tentang keberadaan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar, susulan laporan yang mendakwa dia berada di New Zealand untuk bersama-sama keluarga sejak Disember 2020.
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata Santhara perlu segera memberi penjelasan, jika dakwaan laman Sarawak Report itu benar.
Jika dakwaan itu benar, dia juga mendesak Santhara meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Segamat serta memulangkan gaji dan elaun yang diterima sejak berada di sana.
GAMBAR IHSAN MALAYSIAKINI
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kekurangan seorang lagi ahli Parlimen? Di mana Santhara pada hari ini? Adakah dia telah meninggalkan karier politik kerana tidak tahan dengan kerenah politik PN?” soalnya dalam kenyataan.
“Adakah anda pengundi Segamat yang ingin bertemu dengan ahli Parlimen anda? atau seorang penjawat awam yang ingin berjumpa dengan Timbalan Menteri Wilayah?
“Sejak Krismas tahun 2020, ada sesiapa pernah berjumpa dengan Santhara? Sarawak Report mengatakan dia kini di New Zealand, adakah ini benar?” soalnya lagi.
Untuk rekod, Santhara keluar PKR untuk menyertai BERSATU.
Prabakaran juga mendakwa Santhara tiada di Segamat ketika banjir melanda kawasan itu bulan lalu.
“Sejak Krismas tahun 2020, ada sesiapa pernah berjumpa dengan Santhara? Sarawak Report mengatakan dia kini di New Zealand, adakah ini benar?,” soal Prabakaran
“Sarawak Report mendakwa dia tinggal bersama keluarganya di New Zealand dan anak-anaknya belajar di sana.
Katanya, ahli Parlimen yang meninggalkan kawasan Parlimen semasa penduduknya berdepan kesusahan harus meletakkan jawatan segera.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Santhara serta Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk maklum balas.
Bagaimanapun, difahamkan Santhara ke New Zealand atas urusan keluarga.
Dia dikatakan telah kembali ke Malaysia sebelum Hari Wilayah pada 1 Februari, tetapi telah pergi semula ke sana selepas itu.
New Zealand antara negara yang meletakkan garis panduan perjalanan paling ketat sejak Mac 2020.
Negara itu dilihat berjaya mengekang penularan Covid-19, dengan jumlah keseluruhan 2,372 kes dan 26 kematian setakat ini.
Semalam, negara itu merekodkan satu kes baru.