TIKTOK BUANG AKAUN AGENSI BERITA PALESTIN
TIKTOK BUANG AKAUN AGENSI BERITA PALESTIN
GAZA: Aplikasi TikTok membuang akaun Agensi Berita di Palestin, Quds News Network (QNN) buat kali ketiga berturut-turut.
QNN mengutuk tindakan tersebut kerana dibuat tanpa sebarang notis awal sedangkan akaun itu hanya membekalkan kandungan mengenai penduduk palestin serta mendedahkan kekejaman Zionis Israel.
QNN merupakan agensi berita pertama membuat akaun dalam Tiktok.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz melakukan perjumpaan bersama Pengerusi TikTok dan meminta pihaknya membuang kandungan anti-Israel, lapor Utusan Online.
“Ini adalah tindakan untuk menghalang sebarang keganasan yang sengaja disalurkan menerusi media sosial oleh kumpulan ekstremis yang bertujuan merosakkan ‘negara’ kita.
“Kita berada dalam situasi kecemasan sosial dan kita perlukan bantuan anda,” kata Gantz.