KOMPAUN JIKA TAK SCAN MYSEJAHTERA
TIDAK ‘SCAN MYSEJAHTERA’ DI STESEN MINYAK BOLEH DIKOMPAUN
KUALA LUMPUR: Tidak mendaftar atau mengimbas kod QR premis berkenaan, bagaimana pihak polis hendak mengesan individu terbabit jika terdapat kes COVID-19 di situ.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, sebagai maklumbalas mengenai rakaman klip tular suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikompaun RM1,000 kerana gagal scan MySejahtera ketika mengisi minyak, walaupun memakai pelitup muka.
DATUK Mior Faridalathrash Wahid
Dalam laporan Rotikaya, adalah kewajiban setiap rakyat untuk mengisi nama di dalam buku log dan scan kod MySejahtera sebelum memasuki sesebuah premis, termasuk stesen minyak.
Sebab itulah jika anda tidak mendaftarkan diri dengan aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak, anda boleh dikenakan kompaun RM1,000.
Gambar Hiasan
Tambah Mior, apabila tiba di stesen minyak, setiap individu perlulah mendaftar aplikasi MySejahtera walau pun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan bagi pengesanan kontak, memeriksa suhu badan dan menggunakan hand sanitiser.