TIDAK HALANG MISI KEMANUSIAAN, TAPI PERLU ADA KELULUSAN DARI PKOB
TIDAK HALANG MISI KEMANUSIAAN, TAPI PERLU ADA KELULUSAN DARI PKOB
BENTONG – MISI kemanusiaan tidak pernah di halang oleh pihak polis bagi menghantar bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanana di seluruh negara pada masa ini.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, semua pihak yang menguruskan misi bantuan perlu jelas dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang kemudiannya disalurkan kepada Pusat Kawasan Operasi Bencana (PKOB).
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass
“MKN telah menetapkan SOP bahawa semua misi bantuan mesti dilaksanakan oleh PKOB sama ada PKOB negeri atau PKOB daerah, kita sudah selaraskan supaya penyampaian nanti lebih teratur.
“Kita ada sistem berpusat yang mengenal pasti siapa yang layak menerima bantuan agar bantuan itu disalurkan dengan lebih tersusun dan sistematik sekali gus menyekat sebarang kemungkinan pembawaan Covid-19 daripada luar,”
Beliau ditemui selepas membuat tinjauan dan menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong .
Yang hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar.
Jelasnya semalam sebanyak 10 buah kenderaan yang membawa bantuan misi kemanusiaan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita) yang dalam perjalanan ke Terengganu diarah berpatah balik di SJR Plaza Tol Bentong kerana gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Bencana Daerah.
Sebelum itu tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan pendakwah terkenal, Ebit Lew turut diarahkan berpatah balik di SJR Plaza Tol Bentong kerana gagal mengemukan surat kebenaran yang sama.
Menurutnya lagi , semua pihak yang ingin sama-sama menghulurkan apa sahaja bantuan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dalam usaha mengekang pandemik Covid-19 dan memastikan bantuan dapat diselaraskan.-SAHIH
“