Tiada Tawaran Kerja di Bulan Puasa, Pilih Kerja Sambilan
Foto : Baru-baru ini, Zukie mendedahkan bahawa beliau kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat kerana tiada tawaran kerja yang masuk sepanjang bulan Ramadan.
Tiada Tawaran Kerja di Bulan Puasa, Pilih Kerja Sambilan
Baru-baru ini, Zukie mendedahkan bahawa beliau kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat kerana tiada tawaran kerja yang masuk sepanjang bulan Ramadan.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @zukiemohamad769, kelihatan beliau lengkap berpakaian seragam pengawal keselamatan sambil menjamu selera. Dalam siaran langsung tersebut, Zukie turut berinteraksi dengan netizen dan menjawab pertanyaan mereka.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dibuat kerana ingin mencari pendapatan tambahan, lebih-lebih lagi apabila tawaran kerja dalam bidang hiburan berkurangan di bulan puasa.
“Saya bulan puasa memang buat kerja part time, job tiada bulan puasa,” katanya.
Menurutnya, beliau kini bekerja menjaga sebuah bangunan di Shah Alam dengan gaji sebanyak RM1,700 sebulan.
Tidak Kisah Kerja Sebagai Pengawal Keselamatan
Zukie juga menegaskan bahawa beliau tidak malu atau berkira dalam memilih pekerjaan, asalkan ianya halal dan memberi manfaat. Baginya, pekerjaan sebagai pengawal keselamatan bukan sahaja membantunya menambah pendapatan, malah memberikan pengalaman baru yang berharga.
Keputusan Zukie ini mendapat pujian daripada ramai netizen yang kagum dengan sikap rendah diri serta usaha kerasnya dalam mencari rezeki. Mereka menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak mudah berputus asa dan sanggup bekerja keras demi menyara kehidupan.
Sumber : Sarang Burung.