Tiada paksaan memeluk agama islam – Sultan Pahang
Tiada paksaan memeluk agama islam – Sultan Pahang
LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat Malaysia memahami akan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagai dalam Perkara 3(1) dalam perlembagaan negara.
Titah baginda, berikutan dengan itu semua pihak rakyat pelbagai etnik perlu menghormati undang- undang yang termaktub tanpa menimbulkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.
Tegasnya, bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dia mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bagi menjamin kedudukan orang bukan Islam serta menjamin perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
“ Disini saya ingin mengingatkan pada semua pihak supaya tidak ada unsur unsur paksaan dalam kita mengalakkan orang asli ini memeluk agama islam biarlah mereka datang secara rela hati untuk memeluk islam dengan ini saya percaya allah akan kurniakan ganjaran yang sangar besar pada mereka mereka yang memeluk islam.
Menurut Baginda Malaysia majoritinya penganut Islam manakala agama lain boleh diamalkan.. Sehubungan itu yang minoriti harus menghormati penganut majoriti. Manakala yang majoriti tidak pula menekan dan mendesak penganut manoritidemi menjamin keharmonian dan perpaduan kaum.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Al-Muhajirin Kampung Pantos dan majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan kepada asnaf di Kampung Orang Asli Pantos, Lipis Pahang .
Masjid Kampung Pantos merupakan masjid ke-14 yang didirikan di perkampungan Orang Asli di Negeri Pahang.
Titah baginda, kita sebagai rakyat pelbagai kaum harus akur dengan Batasan adab supaya Masyarakat dapat hidup penuh harmoni, hormat menghormati dan bertoleransi supaya kesejahteraan dapat ditingkatkan.
Al Sultan Abdullah membangga semakin ramai orang asli di negeri di Pahang memeluk Islam daripada 80,620 masyarakat pelbagai etnik yang mendiami negeri ini.
Baginda turut mengingatkan supaya penduduk jati dan Orang Asli memiliki asset di negeri ini terutama projek perumahan yang diwujudkan oleh agensi Kerajaan negeri.
-ends-