TIADA MORATORIUM AUTOMATIK
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan keputusan mengenai lanjutan moratorium sebelum ini dan tidak menuruti desakan agar lanjutan moratorium diberi secara automatik kepada semua peminjam.
Sebaliknya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan moratorium automatik hanya diberikan kepada golongan B40 dengan permohonan dan kelulusan diberikan dalam masa 24 jam.
Selain itu katanya, golongan M40 dan T20 yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium perlu membuat pengisytiharan diri (self declaration) kepada bank masing-masing.