TIADA ‘LOCKDOWN’, PKP 3.0 AKAN DIPERKETATKAN
TIADA ‘LOCKDOWN’, PKP 3.0 AKAN DIPERKETATKAN
PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan sidang khas itu turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan terhadap usaha untuk mengekang penularan Covid-19.
Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021.