TIADA LAGI BELAS KASIHAN HARI INI
TIADA LAGI BELAS KASIHAN HARI INI
PETALING JAYA – Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas termasuk terhadap mereka yang melakukan pergerakan yang menyalahi arahan PKP.
“k! Online melaporkan, pada hari 15 Januari ini tiada lagi belas kasihan dan tindakan tegas akan diambil. Kita sudah memberi ruang yang secukupnya sejak beberapa hari lalu.
“Tindakan kompaun boleh dikenakan terus di lapangan. Tujuan PKP bagi mengurangkan pergerakan. Apabila kedai tutup pukul 8 malam maka tiada keperluan untuk keluar (rumah),” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliah menjawab soalan pemberita mengenai bilangan kenderaan yang masih banyak di jalan raya sedang PKP telah bermula sejak 13 Januari lalu
Terdahulu, Ismail Sabri menerangkan kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran pergerakan rentas negeri dan daerah sehingga 15 Januari 2021 untuk golongan tertentu.
Menurut beliau, ia bagi memberi peluang kepada mereka yang memerlukan masa untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas PKP diumumkan.
Bagaimanapun, kata beliau, terdapat salah faham bahawa orang ramai masih dibenarkan untuk pulang ke kampung sehingga esok disebabkan penularan berita palsu.