THO PERGI JUA
Berita Nasional
THO PERGI JUA
KUANTAN: Setelah sekian lama menanggung kesakitan akibat sakit tua, akhirnya anjing pengesan K9 bernama Tho menghembus nafas terakhir lewat petang semalam.
Berita mengenai kematian anjing pengesan itu dikongsi laman sosial Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang, hari ini.
Tho yang berumur 12 tahun 8 bulan dilahirkan pada 30 Januari 2008 dan mula berkhidmat di Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Jun 2018.
Sebelum bertugas di Pahang, Tho pernah berkhidmat di Unit K9 JSJ IPK Johor.
Tho adalah aset hidup PDRM, memiliki pangkat sepadan dengan anggota mentornya dan banyak menyumbang khidmat bakti dalam membantu kes narkotik di bawah seliaan anggota Unit K9, Sarjan Patrick Sandai.
Sekilas fakta, satu tahun umur anjing bersamaan tujuh tahun umur manusia.