Terima kasih atas jasa dan dedikasi – Puan Sarimah berpindah ke Jabatan Perolehan Felda
Terima kasih atas jasa dan dedikasi – Puan Sarimah berpindah ke Jabatan Perolehan Felda
JERANTUT : Suasana sayu menyelubungi warga Felda Wilayah Jengka apabila pegawai komited dan disegani, Puan Sarimah Shamsudin, kini berpindah ke Jabatan Perolehan Felda berkuat kuasa 3 November 2025.
Perpindahan beliau meninggalkan kesan mendalam kepada rakan setugas dan komuniti peneroka yang selama ini amat menghargai jasa serta sumbangan beliau dalam memperkukuhkan hubungan antara pihak pengurusan dan masyarakat Felda.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud, menzahirkan penghargaan atas dedikasi dan budi baik yang ditunjukkan Puan Sarimah sepanjang berkhidmat di Wilayah Jengka.

“Beliau seorang yang mesra, bertanggungjawab dan sentiasa memberi kerjasama baik kepada kami di peringkat rancangan. Banyak perubahan positif dapat dilihat hasil pendekatan beliau yang dekat dengan warga peneroka,” katanya.
Dalam mesej perpisahan, Puan Sarimah mengucapkan terima kasih kepada semua warga Felda atas sokongan, komitmen serta tunjuk ajar yang diterimanya sepanjang berkhidmat di Wilayah Jengka.
“Saya memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan berharap ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan walaupun saya kini bertugas di tempat baharu,” katanya.
Puan Sarimah sebelum ini dikenali sebagai pegawai yang tegas namun berjiwa rakyat, sering turun padang melihat sendiri isu serta keperluan peneroka.

Warga Felda Wilayah Jengka menganggap perpindahan beliau sebagai satu kehilangan besar, namun pada masa sama mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam tegas – SAHIH
