TERESA KOK PERLU FAHAM RAKYAT MAKIN TERSEPIT
JANGAN TERLALU BERPOLITIK HINGGA SUKARKAN USAHA BANTU RAKYAT
KUANTAN: Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mahu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan bebas berniaga.
PENGERUSI Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim
Pengerusinya, Muhammad Faiz Hashim berkata, dakwaan kononnya keputusan itu berbahaya kerana seolah-olah membuka pintu pagar untuk menggalakkan orang ramai melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kenyataan (Teresa) Kok itu sangat tidak berasas dan menunjukkan seolah-olah beliau langsung tidak ambil peduli tentang kesusahan rakyat yang sedang bergelut akibat wabak COVID-19.
“Jangan hanya pandai mempersoalkan tindakan pihak lain yang ingin membantu rakyat.. sedangkan anda sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat, apa yang anda bantu untuk mengurangkan beban rakyat selama ini.
“Tak perlulah hanya (tahu) bercakap dan mempertikai usaha pihak lain.. adakah beliau ada niat lain apabila mengeluarkan kenyataan itu,” katanya dalam satu kenyataan media.