TERBABAS AKIBAT TAYAR TERCABUT
KUANTAN: Pemandu dan kelindan lori tanah terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan memasuki parit di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori tanpa muatan terbabit dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Pelabuhan Kuantan.
Difahamkan, punca kemalangan akibat tayar hadapan sebelah kiri lori itu tercabut hingga mengakibatkan pemandunya gagal mengawal kenderaan berkenaan.
Pemandu dan kelindan lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.