Tenun Pahang perlu hala tuju jelas
Tenun Pahang perlu hala tuju jelas
PEKAN – Pusat Tenun FELDA di laluan utama FELDA Chini, dekat sini, menghasilkan pelbagai produk berkualiti tinggi.
Bukan sahaja produk berasaskan tenun, namun pusat itu juga menawarkan hasil seni sulaman songket yang sangat halus pembuatannya.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kewujudan pusat tenun itu perlu memiliki hala tuju jelas dalam mempromosikan produk tenun Pahang yang terkenal.
“Justeru, saya bersama Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengadakan satu lawatan ke Pusat Tenun FELDA hari ini.
“Turut serta dalam kunjungan ini adalah ADUN Chini, Mohd Shahrim Mohd Zain dan Ahli Jemaah Istana Pahang, Datuk Mukhriz Fuad,” katanya melalui perkongsian di laman sosial Facebook.
Dalam lawatan itu, mereka didedahkan dengan proses pembuatan tenun Pahang dan songket.
Satu perbincangan ringkas juga diadakan bagi menentukan hala tuju pusat tenun berkenaan.
“Pengunjung juga boleh membeli hasil tenun dan songket pada harga yang bersesuaian dengan kualiti pembuatan di pusat tenun ini,” ujarnya. – SAHIH