BOSAN KE SINGLE? TENGOK APA KELEBIHAN JADI PEREMPUAN SINGLE
Bosan asyik kena tanya je nak kahwin bila, dah ada partner ke belum, bila nak berumahtangga. Sabar jela, kan? Betul, hidup ini dicipta untuk berpasangan tapi mungkin ada orang yang rezeki lambat atau mungkin tidak ada rezeki.
Tapi janganlah sampai judge orang tu. Ada juga sesetengah orang selesa hidup sendirian dan hanya fokus kepada ibu bapa. Alah, bercinta pun bukan selalunya bahagia, mesti akan ada part yang nangis, kecewa dan terluka.
Sementara masing single dan solo, terokai banyak perkara yang menjadikan seorang perempuan itu lebih kuat! Jangan risau, doa banyak-banyak In Sha Allah satu hari nanti, ada rezeki untuk dapat pasangan hidup yang baik.
Bebas Untuk Buat Keputusan
Ye, bila single mestilah kena buat keputusan sendiri, hanya perlu pendapat dan pandangan orang lain seperti kawan-kawan dan ahli keluarga selebihnya anda yang boleh tentukan. Best,kan?
Kalau keputusan anda betul, teruskan dengan positif, kalau sebaliknya jadikan ia sebagai cabaran dalam kehidupan. Biasalah kadang-kadang bukan rezeki kita. Anda juga boleh suarakan pendapat anda tanpa ada sesiapa yang boleh menilai.
Penuhi Kehendak Sendiri
Sayangi diri sendiri terlebih dahulu! Tak perlu hiraukan orang lain! Penuhi kehendak dan keperluan sendiri lebih bernilai daripada menjaga keperluan pasangan.
Tak payah nak jadi lebih baik untuk memenuhi hasrat orang lain. Fokus diri sendiri dan habiskan masa dengan keluarga.
Banyak Masa Terluang
Jadual anda padat dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri. Tak perlu fikir aktiviti berdua-dua dengan pasangan. Apa yang anda nak buat, boleh buat dengan kawan-kawan.
Tak perlu curi-curi masa untuk jumpa pasangan dan lepaskan rindu. Gunakan masa sepenuhnya untuk diri sendiri dengan melakukan aktiviti kegemaran anda.
Perempuan single dikatakan power sebab boleh uruskan segala hal sendiri tanpa bantuan orang lain termasuklah pergi service kereta, beli barang dan pam tayar! Bila dah buat semua benda sendiri, secara automatik anda dapat ilmu pengetahuan dengan belajar sendiri je.
Berdikari adalah kuasa yang menunjukkan wanita bukanlah lemah dan tidak mampu buat apa lelaki buat!
Fokus Kerja
Tumpukan perhatian pada kerja anda sepenuhnya tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tingkatkan skill dan produktiviti bekerja anda.
Kalau nak kerja lebih masa atau buat kerja part-time pun tak akan ada orang marah atau merajuk. Anda boleh kerja selagi anda mampu dan kejar cita-cita sebelum mengejar cinta yang tidak pasti.
Me-Time
Masa tengah single, pengurusan diri memang akan menjadi lebih panjang. Jadual harian anda tidak akan terganggu dengan benda lain seperti kena jumpa pasangan, dating atau habiskan masa dengan menghadap telefon saja.
Jadual anda tidak akan diubah mengikut masa orang lain, anda boleh selesaikan tugasan dan aktiviti anda dengan tenang.
Inilah perkara paling best ketika masih solo, anda boleh buat apa sahaja yang anda nak! Mungkin anda suka shopping,cafe haunting, travel, menonton wayang tanpa henti atau belanja ahli keluarga buat mereka gembira.
Wang anda akan dihabiskan dengan perkara yang berfaedah. Gunakan kebebasan ini di jalan yang betul, okay?
Nama pun single mestilah semua perkara jadi hak sendiri. Anda boleh nikmati makanan mahal tanpa share, boleh tengok Netflix sendiri dan masak ikut selera anda. Bestnya!
Bukan itu sahaja, ruang peribadi anda pun tidak sesiapa yang boleh masuk dan usik.