TEMPUR BANTAH PERINTAH BERKURUNG
TEMPUR BANTAH PERINTAH BERKURUNG
THE HAGUE: Penunjuk perasaan menentang perintah berkurung yang baharu dikuatkuasa bagi menangani pandemik COVID-19 di Belanda, bertempur dengan polis di beberapa bandar semalam.
Stesen televisyen, Omroep Brabant melaporkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan meriam air dan anjing di tengah bandar Amsterdam, yang menjadi lokasi ratusan penunjuk perasaan berhimpun selepas perintah itu bermula pada Sabtu.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Di Eindhoven di bahagian selatan negara, polis juga terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai dan pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 30 orang ditahan.
Media juga melaporkan, banyak kenderaan dibakar dan banyak kedai di terminal stesen kereta api Eindhoven dipecah masuk.
Syarikat keretapi Belanda, NS juga meminta orang ramai menjauhi terminal stesen kereta api Eindhoven selain menjelaskan jadual perjalanan pengangkutan awam itu turut terganggu akibat kejadian berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan, pusat saringan COVID-19 dibakar pada petang Sabtu di perkampungan Urk, utara Belanda.
“Kebakaran di pusat saringan itu berlaku tanpa kawalan,” kata Menteri Kesihatan, Hugo de Jonge.
Perintah berkurung dari jam 9 malam ke 4.30 pagi itu adalah pertama kali pertama sejak Peperangan Dunia Kedua (WWII) dengan Perdana Menteri, Mark Rutte berkata, ia dilakukan itu memastikan kes jangkitan menurun.
Sesiapa yang melakukan kesalahan dihukum denda sebanyak 95 euro (RM465).