TEKNOLOGI CIP UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP
TEKNOLOGI CIP UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP MASYARAKAT DUNIA
STOCKHOLM: Lebih daripada 3,000 orang Sweden mempunyai mikrocip yang ditanam di tangan mereka.
Cip ini berfungsi sebagai alat untuk menggantikan transaksi dan kad pengenalan.
Mereka dapat menggunakannya untuk berbelanja, memasuki mana-mana bangunan, dan membeli tiket kereta api.
GAMBAR HIASAN
The Guardian News melaporkan , Peranti berukuran seperti beras ini ditanam menggunakan jarum ke bahagian belakang telapak tangan.
Beberapa syarikat di Sweden sudah menawarkan penggunaan teknologi ini secara percuma kepada pekerjanya, dengan tujuan mempercepat akses ke bangunan, dan membayar makanan di kantin.
Sweden adalah sebuah negara yang mempunyai sejarah berkongsi maklumat peribadi, yang memudahkan teknologi ini diterima.
GAMBAR HIASAN
Orang-orang di negara Sweden ini mendaftarkan maklumat peribadi secara terperinci mengenai sistem keselamatan negara.
Selain itu, ia mampu untuk mengetahui berapa gaji seseorang, boleh dilakukan hanya dengan menghubungi pegawai cukai.
Teknologi terbaru ini juga boleh diletak pada dahi agar senang untuk mengakses maklumat dengan menggunakan alat scan (Berbentuk seperti alat scan suhu).
Teknologi bersaiz kecil ini sudah digunakan di beberapa negara secara pantas, termasuk wakil Asia tenggara iaitu Filipina dan Singapura.
Teknologi ini akan diperkenalkan kepada karyawan dan usahawan terdahulu.