TANAM POKOK SEMPENA TARIKH UNIK
Berita Nasional
TANAM POKOK SEMPENA TARIKH UNIK
JERANTUT: Warga peneroka FELDA Jengka 24 mengambil kesempatan dengan tarikh unik hari ini dengan bergotong-royong menanam pelbagai jenis pokok buahan.![]()
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, mereka mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti gotong-royong itu bagi mengeratkan lagi hubungan antara warga peneroka di kawasan tanah rancangan berkenaan.
“Idea ini datang secara spontan ketika duduk berbincang bersama rakan-rakan baru-baru ini.
“Rugi pula kalau kita tidak manfaatkan tarikh 10102020 (10 Oktober 2020) yang mungkin hanya datang sekali setiap 1,000 tahun.![]()
“Jadi kita berpakat untuk menanam pelbagai jenis pokok secara gotong-royong… antara pokok kita tanam hari ini ialah pokok pulasan, durian limau, ciku… ada 10 jenis (pokok) kita tanam, bersempena dengan tarikh yang unik ini,” katanya.![]()
Beliau berkata, aktiviti itu bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara mereka, tapi turut mencatatkan sejarah tersendiri untuk warga peneroka FELDA Jengka 24 yang sangat terkenal dengan semangat kekeluargaan.
