TALIAN CELCOM HADAPI MASALAH TEKNIKAL
Berita Nasional
TALIAN CELCOM HADAPI MASALAH TEKNIKAL
KUALA LUMPUR: Pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal, hari ini.
Celcom dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang berusaha memperbaiki dan mengembalikan perkhidmatan dengan segera.
“Pengguna di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan panggilan yang disebabkan masalah teknikal.
“Pasukan teknikal kami sedang sedaya upaya memperbaiki masalah dan akan segera mengembalikan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi milik syarikat telekomunikasi itu.
Sejak jam 3 petang tadi, pengguna Celcom menghadapi masalah untuk mengakses rangkaian seperti tidak dapat membuat panggilan telefon dan menggunakan data internet.
Sumber: Harian Metro