TAK TERSEBAR MELALUI MAKANAN
Berita Nasional
TAK TERSEBAR MELALUI MAKANAN
PUTRAJAYA: Tiada bukti menunjukkan COVID-19 boleh tersebar melalui makanan atau bungkusan makanan.
Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
“Sangat tidak mungkin seseorang dijangkiti COVID-19 melalui makanan atau bungkusan makanan. COVID-19 sememangnya jangkitan pernafasan.
“Laluan penularannya adalah titisan droplets, kontak rapat seseorang indivdu kepada orang lain, atau secara tidak langsung di permukaan.
“Tetapi sekarang, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa COVID-19 dapat disebarkan melalui makanan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya pada Isnin.Terdahulu, timbul laporan mengatakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CDC) mengesan virus COVID-19 hidup pada pembungkusan luar ikan beku yang diimport di bandar pesisir timur Qingdao, wilayah Shandong.
Bagaimanapun, CDC mengatakan orang awam kurang berisiko mendapat COVID-19 daripada menyentuh atau memakan makanan berantai sejuk.
Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung COVID-19 seperti memakai topeng muka, mencuci tangan dengan kerap, mengelakkan kawasan yang sesak.
Sumber: The Star