TAK PERLU BUAT PEMBELIAN PANIK
TAK PERLU BUAT PEMBELIAN PANIK
KOTA BHARU: Kerajaan mengingatkan masyarakat supaya tidak melakukan pembelian panik dengan pelbagai jangkaan mengenai pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin di media sosial, kononnya ada sekatan jalan raya yang dilakukan polis, mulai malam tadi.
GAMBAR HIASAN
“Jangan bimbang, esok akan ada pengumuman oleh Perdana Menteri dan kita akan tahu.
“Jadi, jangan serbu (pasar raya). Masyarakat perlu bertenang. Kita tahu, rakyat takut sebab COVID-19 semakin meningkat.
“Namun, kerajaan mengambil kira semua aspek dari segi kesihatan dan pada masa sama, keperluan ekonomi rakyat,” katanya seperti lap or BH ONLINE.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Barang Bantuan kepada Mangsa Banjir di Kelantan di Kem Pengkalan Chepa, di sini.