BEKERJA MENGIKUT SYIF MEMBAWA MASALAH KRONIK PADA BADAN

Waktu pejabat biasa bermula pagi hingga petang. Waktu malam adalah waktu berehat dan luangkan masa bersama keluarga. Bertuah betul siapa yang dapat bekerja dengan waktu pejabat yang normal.

Tapi tidak kepada mereka yang bekerja ikut syif. Perasan tak kalau bekerja ikut syif terasa tidak produktif dan kesihatan tidak terjaga. Cara pemakanan pun boleh terganggu. Pekerjaan secara syif tidak mengikut waktu dan jadual akan ditetapkan mengikut keperluan. Tahu tak, bekerja ikut waktu syif akan menganggu masalah badan gemuk.

Kesan Jangka Pendek

Untuk kesan jangka pendek kepada mereka yang bekerja syif, sestengah akan mengalami loya, cirit-birit, insomnia, badan penat dan emosi terganggu. Penat adalah kesan paling jelas untuk menjalankan aktiviti harian.

Kesan Jangka Panjang

Bekerja mengikut syif mempunyai risiko dapat penyakit kronik. Penyakit yang dikatakan mudah menyerang adalah strok jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, gula dalam darah, obesiti dan kolesterol. Perubahan emosi tidak menentu membawa kepada masalah kemurungan, perasaan terasing dan kekurangan bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai serotonin.

Biologi

Secara lumrahnya, kehidupan kita diatur malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Oleh sebab bekerja syif, perubahan biologi akan mengubah rutin harian. Ritma sirkadian iaitu jam biologi badan akan bertukar. Sinaran matahari dan kegelapan malam akan terganggu termasuk metabolisme, sistem pencernaan, hormon, sistem kardiovaskular dan sistem imun. Jika terlalu kerap, badan akan merasai kesan sampingan.

Jadual Kehidupan

Pekerja syif akan merasakan perubahan jadual hidup yang tidak menentu. Mereka lebih cenderung kepada masalah tidur dan tekanan. Waktu tidur yang tidak normal akan menyebabkan gangguan emosi, tidak cukup masa dan badan tidak sihat. Mereka juga tiada masa untuk keluarga dan suka makan makanan ringan.