Rambut Berbau? Jom Tengok 5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Masalah Rambut Bau Hapak!
Masalah rambut bukanlah hanya gugur setiap hari, tapi rambut berbau juga menjadi lebih teruk kalau orang sebelah pun terpaksa ‘menikmati’ bau rambut hapak.
Jangan pandang ringan masalah ini. Masalah rambut berbau, hapak, kepam, masam, busuk atau senang cerita bau yang tidak menyenangkan sangatlah memalukan, terutama jika anda ke tempat yang ramai orang.
Tidak kira wanita atau lelaki, mesti ada yang hadapi masalah seperti ini.
Hari ini, kita kongsi tips macam mana nak hilangkan masalah rambut berbau.
1) Cuci rambut anda sebaiknya selang sehari. Lagi-lagi kepada wanita yang pakai tudung. Jangan lupa basuh anak tudung dan tudung anda selepas digunakan.
2) Apabila kulit kepala terasa berminyak dan gatal, cuci rambut anda menggunakan syampu yang sesuai. Sambil cuci rambut, urut kulit kepala anda dengan perlahan.
3) Elak cuci rambut menggunakan air suam kerana ia menyebabkan rambut jadi kasar dan kering. Bersihkan rambut menggunakan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.
4) Gunakan syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala. Jangan guna syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi, ia akan menjejaskan kesihatan kulit kepala dan pertumbuhan rambut anda.
5) Gunakan perapi rambut tetapi jangan sesekali terkena kulit kepala. Perapi rambut digunakan untuk melembutkan rambut, jadi ratakan perapi rambut hanya pada rambut dan hujung rambut sahaja. Kalau perapi rambut terkena pada kulit kepala, minyak pada kulit kepala akan menjadi lebih banyak dan mendatangkan masalah bau rambut.
6) Keringkan rambut anda dengan sepenuhnya sebelum memakai tudung atau topi. Elakkan guna pengering rambut kerana akan merosakkan rambut. Seeloknya, biarkan ia kering secara semula jadi. Jangan gosok rambut anda dengan tuala secara kasar.
SUMBER: MINGGUAN WANITA