REZEKI PEMUDA OKU LEPAS VIRAL

REZEKI PEMUDA OKU LEPAS VIRAL

Boleh dikatakan ramai penjual sekarang menggunakan platform media sosial atau e-dagang dan bersiaran secara langsung untuk memasarkan barangan jualan.

Dalam musim pandemik ini, berniaga atas talian mempunyai banyak pesaing dan memerlukan kepakaran untuk mengendali sistem yang disediakan.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @shykinn, membuat perkongsian mengenai seorang lelaki yang kelainan upaya (OKU) yang gigih menjual pewangi kereta menggunakan Shopee secara siaran langsung.

‘Tengok live Shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 orang je. So masuk je la sebab nak tengok dia jual apa. Masuk-masuk live dah nak end. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta dan rumah. Uncle ni OKU. Fasih sangat BM dia. Support la guys. Mesti dia seronok kalau ramai beli,’ tulisnya di akaun Twitter.

Setakat ini ciapan mendapat sambutan sebanyak 45.2k retweet dan 39.8k likes.

Tidak disangka-sangka, warganet begitu prihatin dan menyokong perniagaan pemuda itu dengan membeli pewangi yang dijual.

Hanya satu ciapan di Twitter, Foo Chia Keat, 31, mendapat pesanan beratus-ratus dalam masa 24 jam.

Chia Keat mulakan menjual pewangi kereta dan pewangi rumah dua tahun lepas kerana berstatus OKU, Chia Keat berusaha mencari rezeki dengan usaha sendiri.

Lebih mengkagumkan pemuda ini fasih berbahasa Malaysia dan sentiasa menggunaka bahasa rasmi semasa bersiaran langsung.

‘Sambutan yang diterima membuatkan saya lebih bersemangat. Kini saya dibantu oleh rakan kerana menerima pesanan yang banyak’, katanya.

Melalui akaun rasmi Bliese HQ, @BliseHQ, pihak Bliese juga membantu Chia Keat menambah stok untuk pelanggannya.

Akaun Shopee Chia Keat – Foo Chia Keat.
Sumber – mstar.

https://www.sahih.com.my