KENAPA GOUT MENYERANG GOLONGAN BERUMUR? KETAHUI PUNCA DAN CARA RAWATAN GOUT

Selalu dengar golongan yang berumur sakit gout sampai ada yang tak boleh berjalan.

Sebenarnya apa itu sakit gout? Siapa yang berisiko tinggi terkena penyakit gout? Apakah punca sakit gout?

Artikel kali ini, menerangkan sedikit sebanyak mengenai penyakit gout.

Apakah Penyakit Gout?

Gout adalah dikategorikan sebagai penyakit Artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut yang mengelilingi sendi terutama pada bahagian kaki.

Gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaupun dikatakan penyakit keturunan, tetapi ramai pesakit gout yang tidak mempunyai sejarah penyakit ini.

Penyakit gout ini menyerang seseorang secara tiba-tiba, mengakibatkan sakit yang teruk pada sendi, kemerahan dan keradangan terutama pada sendi di pangkal jari kaki membuatkan pesakit tidak dapat bergerak bebas.

Apakah Punca Gout?

Biasanya penyakit gout ini berpunca daripada dua faktor iaitu asid urik yang tinggi dalam badan dan asid urik tidak dibuang menyebabkan gout menyerang pesakit.

Asid urik yang tinggi akan menjadi pembentukan kristal seperti jarum pada sendi iaitu punca sakit gout tersebut dan boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang

Gout bukan sahaja menyerang sendi bahagian kaki malah ia juga boleh terjadi pada sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, perlegangan tangan dan jari tangan.

Apabila asid urik berkumpul, ia akan menyebabkan bonjolan kecil pada kulit yang dipanggil ‘tophi’.

Jika gout dalam keadaan serius, tophi akan pecah dan mengeluarkan cecair seperti kapur.

Siapakah Golongan Yang Berisiko?

Selalunya gout ini sering terjadi kepada golongan lelaki yang berumur 30 hingga 50 tahun ke atas tetapi tidak kemungkinan wanita juga boleh terkena penyakit ini lepas mengalami menopause.

Walaupun dikatakan sebagai penyakit keturunan, tetapi pesakit gout ramai datangnya dari punca kesihatan sendiri.

Apakah Punca Gout?

Asid urik tidak seimbang disebabkan faktor keturunan menyebabkan gout dikatakan penyakit dari sejarah keluarga.

Walau bagaimanapun, pengambilan makanan mempunyai zat protein berlebihan, obesiti dan mengambil minum beralkohol secara tidak terkawal dan buah pinggang rosak.

Kekurangan air dalam badan juga menyumbang kepada faktor penyakit gout ini, akhir sekali pengambilan ubat seperti diuretik dan aspirin.

Apakah Tanda-Tanda Gout?

Simptom serangan gout adalah bermula daripada sakit sendi di bahagian ibu jari kaki, pergelangan tangan dan lutut.

Badan pesakit akan panas dan menyebabkan demam, sendi pula akan mengalami sakit dan sangat sensitif apabila disentuh.

Tahap Penyakit Gout

Tahap penyakit gout mempunyai empat fasa:

1) Asimptomatik
Tidak menunjukkan sebarang simptom dan gejala

2) Akut
Tanda-tanda gout menyerang secara tiba-tiba dengan cepat dan biasanya pada beberapa sendi yang memiliki tisu lembut.

Sakit gout yang menyerang akan hilang dengan kadar yang segera.

3) Interkritikal
Serangan gout jarang berlaku tetapi serangan yang akan datang boleh berlarutan sehingga beberapa bulan dan tahun.

4) Kronik
Fasa keempat adalah fasa yang agak teruk. Serangan gout boleh berlaku berulang kali yang dipanggil ‘Polyarticular Gout’.

Pesakit akan terasa kejang, sakit yang menyucuk dan kaki akan berlaku perubahan ketara seperti kemerahan, bengkak, panas dan demam.

Jika pesakit mengalami gout yang kritikal, ia akan merosakan ginjal, hipertensi dan batu karang.

Makanan Yang Perlu Dikawal

Untuk elakkan gout datang menyerang, jaga pemakanan dan kawal makanan yang boleh mengurangkan aras plasma asid urik.

Elak makan makanan yang mempunyai purin yang tinggi daripada sumber protein.

Untuk pesakit gout, hadkan pengambilan ikan bilis, sardin dan daging perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari.

Selain itu, pesakit gout tidak digalakkan akan organ dalaman haiwan.

Tidak semua jenis sayur boleh dimakan, kurangkan kadar pengambilan sayur asparagus, cendawan, bunga kobis, bayam dan kekacang.

Elakkan minum minuman beralkohol dan banyakkan minum air masak untuk membantu mengurangkan asid urik dalam badan.

Cara Rawatan

Ubat yang sesuai untuk pesakit gout adalah ‘Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)’, Colchicine( kol-chi-sin), atau ‘Glucocorticoids’.

Rawatan jangka panjang dikenali sebagai terapi ‘Anti-hyperuricemik’.

Ujian mikroskopi dijalankan untuk bendalir yang disebut daripada sendiri untuk ujian pengesahan gout.

Pada peringkat awal gout, dapatkan rawatan segera supaya serangan penyakit ini dapat dielakkan dan menjadi semakin serius.

Jangan lupa, mulakan pemakanan yang sihat dan jaga kesihatan secara normal.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA