ANTARA ADAB MAKAN DI SELURUH DUNIA YANG KORANG KENA TAHU SEBELUM MULAKAN TRAVEL

Rindunya nak pergi travel, lagi-lagi ke negara luar sebab boleh belajar budaya mereka, melihat suasana yang lain dari Malaysia dan yang penting dapat makan makanan yang tak ada di Malaysia.

Cuba makanan baru adalah salah satu pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana.

Memang di Malaysia wujud kedai makan dan restoran yang menghidangkan makanan dari negara Arab, Korea, China dan macam-macam lagi tapi makan di sana baru terasa originality makanan yang dihidang.

Tapi kena ingat, setiap negara ada etika dan adab sendiri dan memang berlainan dari negara kita ni. Ada yang nampak pelik dan ada juga yang membawa kebaikan.

Pasal makan pun boleh bergaduh, boleh terasa hati sebab mungkin kita terbawa-bawa adab makan di Malaysia ke negara orang.

Sebelum travel, korang kena study dulu setiap keunikan negara yang korang bakal pergi, taklah korang macam pelik sangat nanti.

Jepun

Kalau tengok mukbang terutama negara Jepun, China dan Korea, diorang hirup sup atau makan ramen sampai berbunyi-bunyi.

Slurrp! Slurp! Menyelerakan betul! Tapi bagi kita, ia agak keterlaluan dan tidak manis bila dipandang.

Sebenarnya bagi mereka, makan macam tu menandakan tetamu selera dan makanan yang dihidang tu sedap.

Jadi, tetamu perlu makan berbunyi untuk buat tuan rumah gembira melihat tetamu selera dengan makanan yang dihidang.

China

Hidangan makanan tuan rumah masak memang sedap dan kebetulan makanan kegemaran korang tapi korang tak boleh makan sampai pinggan licin.

Kalau makan sampai pinggan licin menandakan hidangan yang disajikan tidak cukup, tuan rumah akan rasa serba salah dan berkecil hati.

Kalau di negara kita, hidangan licin tu maknanya sedapla, kan?

Satu lagi etika makan di China adalah dilarang sama sekali menegakkan penyepit (chopstick) dalam mangkuk nasi.

Ini perkara paling pantang kerana ini adalah cara nasi ditinggalkan ketika upacara pengebumian.

Selain itu, letak penyepit atas meja dan menghala kepada orang lain juga dianggap biadap.

China & Hong Kong

China, bahagian selatan dan Hong Kong ada satu perkara yang penting ketika makan.

Hidangan seekor ikan tidak boleh diterbalikkan selepas habis makan bahagian sebelah ikan.

Mereka akan keluarkan tulang ikan bahagian tengah untuk habiskan isi ikan di sebelah lagi.

Ini kerana kalau korang terbalikkan ikan dianggap biarkan bot nelayan terbalik dan membawa nasib malang.

Jordan

Sama macam negara China, tak boleh habiskan makanan dalam pinggan.

Mungkin tanggapan pun sama, tuan rumah hidang makanan tidak cukup.

So, makan serba sedikit untuk tidak berlaku perselisihan faham antara korang dengan tuan rumah.

Mesir

Masakan negara lain dengan negara kita memang berbeza, tekak mereka dengan tekak kita mempunyai citarasa yang berlainan.

Tapi di Mesir, jangan sesekali minta penambah perasa makanan seperti lada sulah, lada hitam, garam atau apa-apa penambah rasa untuk mengubah rasa asal makanan.

Ini kerana tukang masak anggap makanan yang dimasak tidak sedap dan tidak hormati citarasa mereka.

Mereka juga tidak boleh melihat tetamu makan sampai licin, paling tidak korang kena tinggalkan suku dari makanan yang dihidang. Alamak, macam membazir pula.

Turki

Lain pula di Turki, korang kena makan semua makanan yang dihidang. SEMUA!!!

Makanan di Turki sangat variasi, kalau korang dihidang sepuluh jenis makanan, korang kena rasa sepuluh makanan tu.

Kalau korang tak rasa, mereka akan suruh sampai korang ambik sekurang-kurangnya sedikit untuk menjamah makanan. Lupakan diet korang bila pergi Turki, okay?

Thailand

Siapa biasa ke Thailand? Betul ke di Thailand penggunaan garfu hanya untuk membantu potong daging atau potong makanan yang dihidang?

Biasanya, kalau kita sudah selesai memotong daging, kita akan manggunakan garfu yang sama untuk masukkanmakanan ke dalam mulut tapi tidak di Thailand kerana dianggap korang tidak mempunyai adab dan berkelas rendah.

Sebaliknya selepas selesai potong daging, letak garfu di tepi dan makan menggunakan sudu.

Korea Selatan

Negara ini sentiasa mementingkan kesopanan dan menghormati warga tua.

Ketika makan, mereka akan tunggu warga tua atau lebih elok tunggu semua ahli keluarga duduk di meja makan.

Amalan macam ni pun bagus juga, kan? Makan bersama semua ahli keluarga, meriah dan boleh rapatkan hubungan.

Ahli keluarga yang lain juga akan menunggu orang yang lagi tua sentuh lauk tersebut, kalau tak korang tak boleh ambil lauk tu!

Yang lebih muda kena ikut kelajuan makan orang yang lebih tua. Korang tak boleh makan terlalu laju.

Selain itu, jika korang ditawarkan tambah minuman oleh orang yang lebih tua, korang kena terima dengan kedua-dua belah tangan memegang cawan.

Korang dianggap tiada adab jika menuang minuman untuk diri sendiri sahaja, korang kena tunggu orang tuangkan air dalam cawan korang.

Kalau lambat sangat, korang boleh minta tolong orang lain yang tuangkan. Fuh!

Itali

Itali antara negara popular dengan kopi tapi ada perkara yang ramai tidak tahu.

Selepas selesai makan, korang tidak digalakkan minum kopi bersusu kerana ia akan menghalang proses penghadaman.

Korang boleh pesan minuman espresso atau kopi bergula. Ini bukanlah satu etika tetapi korang dianggap tak tahu perkara remeh.

Amerika Syarikat & United Kingdom

Mendengar sudu berlaga dengan cawan ketika mengacau teh atau kopi adalah perkara biasa tetapi tidak kepada dua negara ini.

Mengacau sudu dengan cawan dan berbunyi dianggap biadap.

Selain daripada bunyi bising sudu dengan cawan, nampak tidak elok bila korang minum air panas dengan adanya sudu dalam cawan.

Korang kena keluarkan sudu tersebut dan letak di atas piring dan arah yang sama dengan pemegang cawan. Wow!!