BAHAYA! TERLALU BANYAK MINUM AIR KOSONG BOLEH MABUK AIR, PUNCA BENGKAK OTAK DAN KOMA!
Tidak dinafikan minum air kosong sangat penting dan bagus untuk sistem tubuh badan manusia. Cukup dengan lapan gelas sehari untuk elak tubuh badan daripada kering dan bantu sistem badan untuk bekerja dengan lebih lancar.
Masih juga ramai yang tidak suka minum air kosong. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun susah nak minum. Dinasihatkan cukupkan lapan gelas sehari untuk menjada kesihatan.
Tapi, jika minum air kosong berlebihan hingga badan tidak mampu menerima kuantiti air yang banyak menyebabkan kesan-kesan negatif akan berlaku.
Air berlebihan dikenali sebagai ‘mabuk air’ atau water intoxication. Ia berlaku kerana pengambilan air kosong yang berlebihan dalam masa yang singkat.
Ia berlaku kerana paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia yang menyebabkan kegagalan ginjal untuk membuang air yang terlalu banyak atau tidak mampu menampung air.
Kesan berlakunya water intoxication kepada individu adalah bengkak otak atau brain/cerebral edema yang menyebabkan tahap kesedaran semakin berkurang dan akan mendapat sawan. Paling bahaya individu boleh koma.
Sebab Utama Berlaku Water Intoxication :
- Minum airsecara berlebihan semasa bersenam atau bersukan
- Penyakit diabetis yang tidak terkawal
- Ubat yang menyebabkan bibir kering dan mudah dahaga
- Primari polydipsia atau psychogenic polydipsia
Tanda Awal Berlaku Water Intoxication :
- Mudah letih
- Loya
- Muntah
- Sawan
- Tidak sedarkan diri
- Koma
Terlalu banyak minum air kosong menyebabkan garam sodium dalam darah dicairkan dengan air dalam keadaan yang cepat menyebabkan berlakunya diluted hyponatremia.
Hyponatremia adalah kepekatan osmolariti extracellular atau bahagian luar sel lebih rendah berbanding intracellular iaitu dalam sel.
Air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui osmasis. Kemudian, individu boleh mengalami bengkak otak atau brain edema menyebabkan sawan dan seterusnya koma.
Jadi, minum air secukupnya yang diperlukan oleh tubuh badan. Jangan minum air kosong secara berlebihan. Bersenam dan makan makanan yang sihat untuk elak dari pelbagai penyakit.
SUMBER: MINGGUAN WANITA