Daya ketahanan, ketajaman, kecekapan dan kepantasan akan semakin berkurang apabila usia meningkat. Selalu terlupa, selalu tertinggal barang, tidak ingat sesuatu perkara dan macam-macam hal lagi.
Tetapi sebenarnya ada senaman ringan dan mudah dapat bantu memelihara kemampuan otak walaupun umur semakin meningkat.
WAKTU TIDUR
Kesihatan otak bergantung pada penjagaan waktu rehat seperti tidur. Jika anda tidur lewat, waktu tidur tidak menentu atau tidur terlalu lama juga akan menjejaskan kesihatan otak. Tetapkan waktu dengan betul dan sesuai dengan aktiviti seharian. Otak juga perlu berehat dan bersedia untuk menjalankan aktiviti pada esok hari.
BERHENTI MENGGUNAKAN SEARCH ENGINE
Internet menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Mudah, cepat dan tepat segala informasi yang kita perlukan. Tetapi ada kelemahan jika sering menggunakan search engine untuk mencari maklumat. Membaca adalah salah satu cara untuk mengasah otak lebih tajam dan fokus, Untuk hal-hal yang mudah, cari cara manual seperti buku, surat khabar, majalah dan sebagainya.
BAHASA KETIGA
Selain bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, apa kata belajar bahasa ketiga. Dapat juga keistimewaan dan kelebihan. Proses pembelajaran mempengaruhi aura positif untuk otak secara keseluruhan. Belajar perkara baru dapat merangsang perkembangan otak di hippocampus dan cerebral cortex. Bahagian ini adalah kawasan yang menyimpan memori seseorang.
JALAN KAKI
Rajinkan diri untuk lebih banyak berjalan kaki berbanding naik kereta atau motor. Contohnya, pergi ke masjid atau surau selalu naik motor, apa kata tukar pula jalan kaki. Selain dapat kebaikan lebih banyak, otak juga akan sihat dan tetap fokus.
MAKAN MAKANAN SIHAT
Pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, malah akan memberi kesihatan kepada otak. Makan makanan yang memberi nutrisi secara menyeluruh termasuk otak. Sebagai contoh, makan makanan yang mengandungi Omega-3 dan kekacang yang mengandungi vitamin E.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Baru-baru ini hangat berita mengenai pelakon sinetron Indonesia yang popular dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani dan suami ditahan polis kerana telibat dengan penyalahgunaan dadah.
Munurut sumber, pasangan itu ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu melalui ujian air kencing.
Nia dan suaminya mengaku telah mengambil dadah tersebut sejak 5 bulan lalu bersama pemandu peribadi mereka.
Pihak polis merampas bahan bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong).
Pada ketika itu, keadaan Nia sangat cengkung dan kelihatan pucat.
Nia terkenal ketika memegang watak ‘Bawang Merah’ nampak tidak bermaya dan kelihatan sangat berlainan dengan wajah asalnya yang cantik dan manis.
APA ITU SYABU?
Syabu atau crystal methamphetamine adalah dadah yang berbentuk seperti kristal.
Terdapat banyak panggilan untuk dadah jenis ini seperti ice, crack meth, batu, glass dan hiropong.
Crystal methamphetamine digunakan untuk pesakit Gangguan Hiperaktif dan Kuraang Tumpuan (ADHD) yang mengandungi bahan kimia dan penghasilannya dengan amfetamina (amphetamine).
Jika diambil tanpa kawalan, akan menyebabkan ketagihan.
CIRI-CIRI INDIVIDU KETAGIH SYABU
Penyalahgunaan syabu dapat dilihat secara jelas dan tindakan yang bukan dari kebiasaan manusia normal.
Kelakuan Fizikal
Peka dan bertenaga Pergerakan anak mata yang cepat Berhalusinasi, perubahan mood dan kemurungan Kadar denyutan jantung yang laju dan sesak nafas Peningkatan suhu badan dan tekanan darah tinggi
Tingkah Laku
Aktif secara fizikal Pergeseran gigi Cubit kulit dan tarik rambut sendiri Anak mata terbeliak Corak tidur tidak normal, tidak tidur dengan kadar yang lama seperti beberapa hari atau minggu Pergerakan badan tidak lancar dan mengerut Banyak cakap Kurang selera makan dan berat badan semakin susut
Tiada Ransangan
Kerap menggaru Cubit diri sendiri Bergelut dengan diri sendiri
Kesan menggaru dan cubit diri sendiri kerana terasa seperti ada serangga yang merayap di bawah kulit.
Tiada ransangan ini juga menyebabkan risiko untuk cederakan diri kerana individu berada dalam keadaan psikotik atau terputus dari realiti sepenuhnya.
Mereka akan rasa kecewa, lemas. resah dan tidak stabil akan menambahkan keinginan terhadap syabu yang sangat kuat.
Sakit Mental
Dikatakan hampir 1 daripada 4 individu yang aktif menggunakan dadah jenis syabu ini mengalami gejala sakit mental.
Terlalu mencuragi dalam pelbagai perkara Memikirkan dan mempercayai sesuatu yang tidak logik Dengar dan lihat perkara yang tidak wujud, berhalusinasi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Apa Itu Kesihatan Mental? Kesihatan mental dipengaruhi oleh banyak faktor. Walaupun mengidap penyakit ini, pesakit tahu keupayaan diri, mampu mengawal diri dengan baik, boleh bekerja dan mampu menyumbang kepada masyarakat.
Kesihatan mental adalah emosi dan keupayaan individu untuk mengendalikan diri dalam pelbagai tekanan dan keperluan hidup.
Pesakit mental tidak dapat dijelaskan secara am kerana terdapat garis penentu yang berbeza antara pesakit dengan pesakit lain.
Terdapat banyak tahap dalam masalah kesihatan mental dan tiada satu kriteria umum yang boleh digunakan untuk membuktikan individu mempunyai masalah kesihatan mental.
Setiap tahap masalah pesakit mental bergantung kepada individu itu sendiri. Tidak ada seorang pun mempunyai semua kriteria kesihatan mental pada setiap masa yang sama.
Kesihatan mental bergantung pada banyak faktor seperti sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang.
Kajian mengatakan penyakit kesihatan mental ini merujuk kepada cara individu berfikir dan bertindak. Tahap kesihatan mental seseorang boleh terjejas dengan masalah sosio-ekonomi, pertukaran persekitaran, cara sosial yang drastik, tekanan kehidupan dan penyakit fizikal yang menjejaskan individu.
Antara Masalah Kesihatan Mental: a) Panik. b) Gangguan tidur. c) Tekanan dan trauma. d) Individu menjadi murung. e)Kecelaruan obsesif kompulsif. f) Kecelaruan dan kebimbingan yang teruk.
5 Langkah Mempunyai Kesihatan Mental Yang Baik
Berinteraksi Bermula dengan berinteraksi atau berkomunikasi sesama manusia. Elakkan duduk bersendirian, mengurungkan diri dalam bilik dan menghabiskan masa berseorangan.
Pastikan bercakap dengan manusia setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mental kerana: a) Berkongsi pengalaman tidak kira manis atau sebaliknya. b) Berkongsi emosi dan mendapatkan sokongan daripada orang lain. b) Bantu meningkatkan harga diri dan keyakinan.
Aktiviti yang mampu mewujudkan hubungan positif dengan manusia: a) Berkongsi hobi bersama keluarga dan komuniti. b) Menyertai aktiviti luar yang boleh menambah rakan dan kenalan baru.
Melakukan Aktiviti Fizikal Aktiviti fizikal juga penting bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi ia juga memberi kesan baik terhadap mental individu. Antaranya: a) Mempunyai keyakinan diri bila berada dalam kumpulan. b) Membantu individu untuk memilih tujuan dan cita-cita dalam kehidupan. c) Merangsang seseorang untuk berusaha secara sihat dan mengejar cita-cita. d) Mempengaruhi perubahan kimia dalam otak individu untuk menghasilkan mood positif dan baik.
Jika terdapat halangan untuk melakukan aktiviti di luar rumah, lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh secara ringkas seperti turun naik tangga, aktiviti senaman ringan di rumah atau melakukan hobi kegemaran setiap hari yang mampu mengeluarkan peluh.
Belajar Sesuatu Yang Baru Beranikan diri untuk mencuba perkara baru dan belajar untuk meningkatkan kemahiran atau kemampuan diri. Keluar dari zon selesa dan cuba mencabar diri sendiri untuk merasai pengalaman baru dalam hidup.
Kajian mengatakan mempelajari perkara baru boleh membantu membaiki kesihatan mental seseorang kerana merangsang otak untuk berfikir dan kecekapan. Aktiviti baru yang boleh dilakukan di rumah seperti belajar menjahit, cuba resepi baru, belajar main alat muzik dan sebagainya.
Apabila individu sering melakukan aktiviti baru, kehidupan tidak lagi bosan dan tidak berada dalam tekanan yang sama. Faedah belajar kemahiran baru adalah: a) Tingkatkan keyakinan diri dan menghargai kemampuan diri sendiri. b) Bantu melahirkan perasaan tujuan hidup dan mengejar keinginan. c) Cara paling mudah untuk berinteraksi dengan manusia.
Cara yang boleh dicuba untuk melakukan aktiviti baru: a) Belajar menu masakan yang tidak pernah cuba atau menggunakan resepi yang berbeza. b) Memegang tanggungjawab atau tugasan yang berbeza untuk mendapatkan pengalaman yang maksimum. c) Lakukan aktiviti do-it-yourself (DIY) seperti basuh kereta, baiki paip di rumah, cat pagar, buat kuih dan sebagainya. d) Belajar secara atas talian (online learning) menagmbil kursus bahasa atau perkara yang disukai. Tetapi harus diingatkan, jangan mengambil kursus atau belajar perkara yang boleh membebankan diri dan memberi tekanan. e) Cuba hobi baru seperti berbasikal, melancong, mendaki gunung dan menyertai aktiviti komuniti untuk memberi bantuan.
Menderma atau Hulurkan Bantuan Amalan memberi bantuan atau sumbangan juga mampu membaiki kesihatan mental individu kerana: a) Mewujudkan perasaan positif dalam diri. b) Memberi kepuasan kerana membantu orang ramai. c) Mengajar diri sendiri tiada yang senang dalam kehidupan. d) Memberi rasa diri sendiri tujuan hidup dan sentiasa positif. e) Dapat berinteraksi dengan orang baru.
Dengan mambantu orang ramai, sifat positif akan ada dalam diri dan belajar menghargai kehidupan: a) Sentiasa berterima kasih atas pemberian atau menerima pemberian orang lain. b) Bertanya khabar keluarga, rakan dan orang sekeliling. Dengar dan sedia membantu jika ada masalah. c) Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan yang perlukan bantuan. Bukan sahaja dari segi kewangan malah, berikan pendapat dan tunjukkan sifat prihatin. d) Banyakkan kerja sukarela dan menolong masyarakat.
Mengambil Tahu Keadaan Sekeliling Apa yang berlaku disekeliling seperti perubahan cuaca, isu terkini dan bertanya khabar berita orang lain. Latih diri untuk mengambil tahu isu atau keadaan orang lain supaya di antara mereka tiada masalah yang ditanggung sendirian. Pastikan orang terdekat dalam keadaan baik.
Peka dengan keadaan sekeliling akan merangsang otak ke arah yang baik dan mewujudkan sifat positif. Selain itu, elakkan diri dengan perkara negatif seperti marah, maki hamun, menggunakan perkataan kesat, panas baran dan bergaduh. Tidak kira secara bersemuka atau dalam media sosial. Tinggalkan perkara yang membuatkan diri sendiri dalam tekanan dan situasi yang tidak menyenangkan otak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!