LUQMAN JARING GOL KEMENANGAN
BELGIUM: Luqman Hakim Shamsuddin terus cemerlang apabila menjaringkan gol tunggal KV Kortrijk B-21 menewaskan Beerschot VA pada perlawanan Jupiler Pro League B–21, semalam.
Pemain berusia 18 tahun itu menanduk masuk gol tunggal pada minit ke-83 hasil hantaran Loic Ritiere dari sebelah kiri.
Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus gol tunggal bekas pemain Selangor 2 itu memberikan kemenangan kepada KV Kortrijk.
Kemenangan KV Kortrijk B-21 tahun berjaya melonjakkan kedudukan mereka dalam carta liga. dengan menghuni tangga keempat menerusi 14 mata setelah mengharungi enam perlawanan setakat ini.
Kortrijk dibezakan dua mata dengan pendahulu, Sint Truiden yang menghuni tangga pertama dengan 16 mata.
Sumber: Malaysiapost