10 PERKAKAS DAPUR YANG PERLU ADA ZAMAN SEKARANG, BOLEH BAGI UNTUK HADIAH KAHWIN!

Barang-barang dapur dah semakin canggih dan memudahkan.

Kepada ibu-ibu atau mereka yang suka masak wajib ada barang-barang dapur yang tak renyah lagi. Pendek kata, campak-campak terus siap.

Jangan kerap makan luar atau tapau makanan selalu, tak elok terutama bagi mereka yang ada anak-anak. Kos makan di luar atau bungkus agak tinggi, kalau hari-hari bungkus makanan, haa susah juga.

Dengan adanya peralatan dapur yang hebat ini, korang boleh masak dengan kadar yang pantas dan menjimatkan.

Artikel ini khas untuk korang yang suka masak tapi tak suka buang masa yang lama di dapur.

Eh, barang-barang dapur ini juga sesuai dijadikan hadiah kahwin kawan-kawan yang baru sahaja membina rumahtangga.

Periuk Tekanan

Rupa bentuk periuk tekanan dengan periuk nasi lebih kurang saja tapi kegunaan periuk tekanan sangat banyak.

Bukan boleh masak nasi je, korang boleh buat sup, menggoreng, membakar, melembutkan daging, merebus tulang, eh banyaklah!

Tak rugi korang beli periuk ni. Lagi-lagi yang suka makan makanan siap hidang seperti nasi arab, nasi minyak, nasi hujan panas.

Mudah dan jimat masa, masukkan je segala bahan dalam periuk tekanan, lepas tu dah boleh makan.

Periuk tekanan memang dicipta untuk tahan karat, mudah dijaga dan untuk kegunaan berat.

Psst, nak masak daging korban pun senang.

Air Fryer

Haa, ini alat dapur yang sangat popular sekarang.

Tak dinafikan memang mudah kalau nak masak.

Yang jenis malas masak? Korang pun tak ada masalah kalau wujud air fryer ni dekat rumah korang.

Nak makan ayam goreng ke, ikan goreng ke, campak je dalam air fryer, confirm korang kenyang.

Bukan goreng je tau, buat kek pun boleh. Tak percaya, cuba try.

BBQ Grill & Steamboat Hot Pot

Siapa suka makan bakar-bakar dan steamboat elok korang beli ini.

BBQ grill & steamboat ni pun ada pelbagai saiz.

Yang suka makan dengan kuantiti yang banyak, boleh beli saiz besar.

Kalau yang nak makan depan TV, korang beli saiz kecil senang nak angkut ke mana-mana.

Harga pun tak mahal sangat, ia mengikut saiz dan kegunaan korang. Best juga makan ala ala santai.

Food Steamer

Khas untuk korang yang suka makanan berkukus dan yang on diet!

Food steamer ni mudahkan kerja korang, korang letak je apa yang korang nak makan dan tinggal, tak perlu jaga sangat sebab ia menggunakan elektrik.

Saiz dan tingkat pun ada macam-macam, beli yang korang perlu, okay?

Multifunction Hand Blender

Senang sangat kalau ada hand blender ni.

Macam-macam saiz ada, macam-macam kegunaan dan memudahkan.

Untuk memasak boleh, untuk buat jus buah pun boleh. Bestkan?

Multifunction Sandwich Maker

Nama je sandwich maker tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan seperti buat waffle, tart, donut, grill dan macam-macam lagi.

Apa yang memudahkan korang adalah tak perlu keluarkan kuali untuk siapkan makanan.

Makanan yang disediakan menggunakan sandwich maker ini sesuai dimakan bila-bila masa terutama waktu sarapan.

Menu sarapan pun jadi sihat. Jimat masa dan tak perlu cuci periuk banyak-banyak.

Coffee Maker

Wow! Penting kepada coffee lover!

Korang yang suka minum kopi di pagi hari, wajib ada coffee maker di rumah.

Korang boleh brew biji kopi bila-bila korang nak, rasa segar dan original.

Nak hidang air pada tetamu pun senang.

Penapis Air

Sekarang penapis air minuman ni banyak sangat dijual.

Macam-macam jenama ada, korang kena pilih mengikut keperluan.

Kalau ada anak kecil yang menyusu, lebih mudah sebab ada untuk air panas juga.

Kalau korang nak masak air dalam kettle tu, haa sempat baby nangis.

Kalau ada penapis air, korang pun tak terkejar-kejar ke sana ke sini.

Tudung Saji Bertingkat

Rasanya tudung saji bertingkat ni dah ramai yang ada.

Mudah dan tak makan ruang berbanding tudung saji biasa yang besar tu.

Tudung saji biasa tu, sampai anak-anak boleh buat main pula.

Tudung saji bertingkat ni kegunaan sama macam tudung saji biasa cuma ia jimat ruang dan cara penyimpanan pun lebih kemas.

Vacuum Wireless & Robot Vacuum

Vacuum wireless atau robot vacuum cleaner ni pun dah viral.

Harga bergantung pada tahap kemampuan vacuum.

Yang jenis wireless, korang kena charge dan guna selagi ada bateri.

Robot vacuum pula, kena charge dan robot akan bergerak sendiri ke setiap sudut rumah korang.

Tak perlu wayar panjang-panjang dan tarik ke seluruh rumah, sekarangkan makin maju.

Vacuum ni boleh bersihkan dapur lepas korang memasak.