TAHU TAK LESUNG PIPIT ADALAH KECACATAN FIZIKAL YANG COMEL, 6 KELEBIHAN ADA LESUNG PIPIT!

Bila nampak orang senyum lepas tu ada lekuk dekat pipi, automatik terus hati jadi cair.

Tak semua orang ada lesung pipit, sangat bertuah siapa yang ada daya penarik macam ni.

Ramai yang sudah tahu lesung pipit ini adalah kecacatan genetik tapi walaupun ia dikatakan ‘cacat’, ramai yang nak lesung pipit sampai yang ada ‘tambah’ sendiri.

Kejadian lesung pipit ini disebabkan otot wajah iaitu Zygomaticus Major terbelah dua dan mengakibatkan otot tersebut jadi lebih pendek dari orang normal.

Lesung pipit pula tak semestinya ada pada kedua-dua belah pipi, ada orang yang lekuk hanya salah satu pipi sahaja.

Kenapa best ada lesung pipit? Apa istimewanya lesung pipit ni pada seseorang? Jom tengok!

Nampak Muda

Perasan tak, siapa ada lesung pipit muka dia nampak lembut, manis je atau senang cakap baby face.

Ada kajian mengatakan kelebihan mempunyai lesung pipit selalu nampak muda walaupun usia semakin meningkat.

Senyuman

Senyuman tuan yang ada lesung pipit ni manis je.

Kalau dia senyum mesti orang lain tertarik dan akan balas senyuman tu.

Orang sekeliling pun rasa bahagia je bila dia senyum dengan adanya lesung pipit terserlah.

Tak Semua Ada

Tahu tak, kurang daripada 30% manusia dalam dunia yang ada lesung pipit ni.

Haa, special kan? Itulah, walaupun dikatakan cacat, tapi semua orang nak ada lesung pipit untuk menjadi yang istimewa, unik dan comel.

Added Value

Maknanya, siapa yang ada lesung pipit ni, mereka sentiasa ada extra look.

Kena senyum paksa pun masih nampak sweet dan cantik, mood tengah tak okay ke, rasa nak marah ke, tengah makan atau minum ke mesti ada menyerlah lesung pipit tu.

Itulah kelebihan ada lesung pipit ni, daya penarik yang tak akan pernah berhenti.

Cuba tengok artis yang ada lesung pipit, mesti nama senang nak naik sebab ada added value pada muka.

Boleh Hilang

Eh, mesti ramai tak tahu lesung pipit ni boleh hilang, kan?

Mungkin ia jarang-jarang berlaku tapi ia juga bergantung pada faktor berat badan, proses penuaan dan stuktur muka.

Boleh Diwarisi

Yes! Nama pun kecacatan genetik tapi mungkin ada juga anak yang tak dapat lesung pipit.

Jika ibu dan ayah mempunyai lesung pipit, potensi anak dapat lesung pipit adalah tinggi iaitu 50% hingga 100%.

Manakala, jika salah seorang pasangan yang mempunya lesung pipit, potensi anak untuk dapat lesung pipit juga adalah 20% hingga 50% sahaja.

Tapi janganlah sedih dan kecewa kalau anak tidak dapat warisi lesung pipit tu, janji anak sihat dan ceria.