SURAU LANGGAR RINDU UNIK
KUALA TERENGGANU: Terletak di Kampung Rhu Tapai, sepanjang jalan utama Kuala Terengganu – Merang, surau yang dibuat sepenuhnya daripada kayu ini diberi nama Surau Langgar Rindu.
Hasil usaha Abdul Karim Embong, 61, surau dipasak dan disambung menggunakan skru itu menjadikan kayu pokok tembesu terbuang serta kayu cengal hasil sumbangan orang ramai sebagai bahan binaan asas.
Memetik laporan Sinar Harian, surau sebesar 1,064 kaki persegi itu dibina untuk kegunaan ibadah penduduk di kawasan itu dan dibina tanpa menggunakan lakaran pelan.
Konsep rumah yang bertiang menunjukkan ciri- ciri rumah melayu.
Abdul Karim Embong membina surau ini tanpa bantuan peralatan canggih dan lebih melibatkan kemahiran bertukang kayu.
Beliau mengumpul kayu kayan yang sesuai untuk dijadikan bahan binaan surau ini.
Terengganu terkenal dengan kepakaran pertukangan dan ukiran kayu, dan apabila digandingkan dengan mutu kayu yang baik di hutan Malaysia, Surau Langgar Rindu menjadi tarikan pengunjung dari seluruh negara.
Tak berapa lama sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri turut berkesempatan menziarahi Surau Langgar Rindu.
Waze Surau Langgar Rindu untuk lokasi.