Sungai utama di Jerantut mulai surut
Sungai utama di Jerantut mulai surut
Foto atas: Jalan menghala ke Kuala Tembeling masih ditutup kerana Jambatan Sungai Kerak masih ditenggelami air.
JERANTUT – Beberapa sungai utama di daerah ini menunjukkan corak paras air sungai surut kerana hujan berhenti sejak petang semalam.
Sungai Tembeling, Sungai Pahang dan Sungai Jelai mengikut bacaan menurun masing-masing di Stesen Kuala Tahan, Stesen Sungai Yap dan Stesen Jeram Bungor yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Jerantut pada jam 11.00 pagi, hari ini.
Bagaimanapun, laluan ke Kuala Lipis masih ditutup kepada semua kenderaan kerana air masih melimpah di atas jalan raya di Kampung Teh dan Sungai Kerak menghala ke Kuala Tembeling.
Diharap orang ramai berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengekori maklumat terkini daripada jabatan berkaitan.-SAHIH