SUMBANGAN TANDA PRIHATIN MB
Berita Nasional/Kehidupan
SUMBANGAN TANDA PRIHATIN MB
BENTONG: Penderitaan dan bebanan dihadapi Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif,3, yang terpaksa dipotong kedua belah kaki dan enam jari tangan mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pagawai Khas Menteri Besar (mewakili masyarakat Sikh) Datuk Jasvir Singh Ram Singh mewakili Menteri Besar mengunjungi dan melihat keadaan Muhamad Ziyad Amzar di rumahnya di FELDA Mempaga di sini.
Dalam lawatan itu juga Jasvir menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper daripada Menteri Besar bagi membantu Muhamad Ziyad Amzar meneruskan rawatan dan meringankan beban keluarganya.
Jasvir berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap seluruh rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum.
“Sumbangan ini adalah untuk memastikan adik Muhamad Ziyad Amzar mendapat rawatan terbaik dan terus dibantu.
“Saya akan memantau perkembangan adik Muhamad Ziyad Amzar dan akan terus membantunya dari semasa ke semasa agar dia mendapat bantuan dan pembelaan,”katanya.
Muhamad Ziyad Amzar yang mengalami gangren di bahagian kaki dan tangan ketika berusia dua tahun terpaksa dipotong enam jari pada Ogos tahun lalu sebelum dipotong kedua belah kaki sebulan selepas itu.
Sementara itu, Muhamad Razif Razali,38, berkata dia dan isterinya Kaasnida Mohamed Nazar,32 amat terharu dan berterima kasih terhadap keprihatinan menteri besar kepada anak bongsu mereka itu.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Jasvir yang mengambil perhatian terhadap anak kami. Sesungguhnya bantuan dan sokongan diberi ini amat besar dan bermakna bagi kami,” ujarnya.