Sultan Pahang berhenti bantu mangsa kemalangan di LPT1
Sultan Pahang berhenti bantu mangsa kemalangan di LPT1
KUANTAN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menghentikan perjalanan bagi membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), berhampiran susur keluar tol Temerloh, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira tengah hari itu, Baginda yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan melihat kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta.
Prihatin dengan keadaan mangsa yang dipercayai cedera, Baginda menitahkan agar kenderaan polis pengiring membawa mangsa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baginda turut berkenan turun dari kenderaan bagi melihat sendiri keadaan mangsa serta bertanyakan maklumat ringkas berkaitan kejadian sebelum meneruskan perjalanan.
Tindakan itu mencerminkan keprihatinan Sultan Pahang terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat.-SAHIH
Kredit: Kesultanan Pahang
