SUKU JUTA ASKAR RUSSIA DITEMPATKAN DI UKRAINE
SUKU JUTA ASKAR RUSSIA DITEMPATKAN DI UKRAINE
BRUSSELS: Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, hari ini berkata Russia meletakkan lebih 150,000 tentera di sepanjang sempadan Ukraine dan semenanjung Crimea.
“Ini adalah penempatan tentera Russia yang tertinggi di sempadan Ukraine,” katanya selepas perbincangan membabitkan Menteri Luar Ukraine, tanpa mendedahkan sumber angka berkenaan.
Katanya, tindakan itu menyebabkan ketegangan semakin memuncak terutama di wilayah barat daya yang menyaksikan peningkatan pertempuran antara tentera Ukraine dan pemberontak disokong Russia.
Moscow mendakwa pihaknya hanya melakukan latihan ketenteraan berikutan kehadiran pasukan tentera Barat di bawah naungan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang didakwanya sebagai mengancam Russia.
Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu, minggu lalu mendakwa dua pasukan tentera dan tiga unit udara berjaya dilancarkan di sempadan barat Russia dan semua latihan akan selesai dalam tempoh dua minggu.
GAMBAR HIASAN
Ukraine pula mendesak Barat memberi sokongan lebih praktikal bagi menangani sifat agresif Moscow.
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, menggesa EU mengenakan sekatan baharu terhadap Russia apabia mengadakan rundingan membabitkan 27 negara dalam blok itu hari ini.
Bagaimanapun, Borrell berkata tiada sekatan akan dipertimbangkan dalam rundingan hari ini, lapor AFP.
Ketegangan Russia-Ukraine bertambah teruk berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan pemberontak disokong Russia di barat sejak kebelakangan ini, sekali gus membatalkan gencatan senjata yang dipersetujui tahun lalu.
Seorang anggota tentera Ukraine terbunuh dan seorang lagi cedera dalam pertempuran terbaru hari ini.
Ukraine berperang dengan puak pemisah pro Russia di barat separatists in the timur Donetsk dan Lugansk sejak 2014, menyusul tindakan Russia menawan Crimea.
Rundingan antara pemimpin Ukraine, Russia, Jerman dan Perancis yang berunding bagi mengakhiri konflik sejak 2015 dijadual mengadakan rundingan hari ini di Kiev.