SPRM TELITI DOKUMEN DARI PEJABAT HUTAN DAERAH, PEJABAT DAERAH DAN TANAH RAUB
Berita Jenayah
SPRM TELITI DOKUMEN DARI PEJABAT HUTAN DAERAH, PEJABAT DAERAH DAN TANAH RAUB
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti dokumen berkaitan isu pencerobohan tanah kerajaan Pahang yang dijadikan ladang durian haram di daerah Raub.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata dokumen itu diperoleh dari Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Pejabat Hutan Daerah Raub serta Pejabat Renjer Hutan Raub.
Katanya, semua dokumen yang diambil dari tiga pejabat kerajaan itu perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Awal bulan ini, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah milik kerajaan negeri.
Selasa lalu, SPRM memanggil 18 pengusaha tanah untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu terbabit.
tamat