SPEAKER DUN PAHANG MASUK IJN
KUANTAN : Speaker Dewan undangan Negeri (DUN) Negeri Pahang,Datuk Seri Ishak Muhammad menerima rawatan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkhabaran itu dimaklumkan Timbalannya, Datuk Seri Muhammed Jaafar semasa mempengerusikan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di sini,hari ini.
Beliau berkata, keadaan Speaker Dun tersebut bagaimanapun kembali beransur sembuh.
Dalam pada itu, sepanjang sesi berkenaan berlangsung, Muhammed meminta agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan COVID-19.
“Diminta agar semua sentiasa membasuh tangan,menutup mulut dan hidung serta elakkan bersentuhan dan bersalaman.
“Jauhi sembang dekat, di tempat sesak dan sempit kerana Yang Berhormat merupakan role model kepada rakyat.
“Sentiasa ingat slogan kita jaga kita,”katanya.