SOTONG GERGASI HAMPIRI BOT NELAYAN
SOTONG GERGASI HAMPIRI BOT NELAYAN: KEJADIAN MENGGEMPARKAN PENDUDUK TOYAMA BAY
JEPUN: Penduduk gempar apabila mendapati seekor sotong gergasi berwarna merah tiba-tiba muncul di atas permukaan air di sebuah jeti di Toyama Bay di sini, baru-baru ini.
Sebagai rekod, sotong gergasi berkenaan berukuran kira-kira sekitar 13 meter (43 kaki) dan hanya terdapat di laut dalam.
Menurut laporan CNN, sotong pelik itu didakwa berada di bawah bot nelayan dan sekitar lokasi tersebut selama beberapa jam sebelum berlalu pergi.
Seorang penyelam profesional Jepun, Akinobu Kimura berjaya merakam gerak geri sotong tersebut selama beberapa minit.
“Sotong tersebut kelihatan sempurna, ia mengeluarkan dakwat dan cuba membelit saya menggunakan rungutnya,” kata Akinobu.
Akinobu kemudian memandu sotong tersebut ke tengah lautan dan sotong tersebut akhirnya hilang di laut dalam.
Sementara itu, seorang penjaga sebuah akuarium Uozu, Yuki Ikushi memberitahu CNN, terdapat 16 penampakan sotong gergasi pada musim menangkap ikan yang lepas.
“Kita mungkin akan nampak lagi (sotong gergasi) pada musim ini, tapi memang sangat jarang mereka berenang berdekatan dengan bot milik nelayan,” katanya.