Soladariti Save Press 4 Gaza
Soladariti Save Press 4 Gaza
KUALA LUMPUR – Dalam pembunuhan beramai-ramai yang berterusan
di Gaza, Save Press 4 Gaza (SP4G), suara bersatu media Malaysia, menyuarakan
kebimbangan yang mendalam terhadap jumlah kematian wartawan yang
membuat liputan konflik itu.
Sebagai suara media Malaysia, berdiri dalam solidariti
dengan rakan-rakan kami di Gaza, SP4G mengutuk sekeras-kerasnya tindakan
tentera dan kerajaan Israel menyasar wartawan dan keluarga mereka.
Sebagai wartawan dan pekerja media, kami menyeru pemimpin bilik berita Barat
untuk memastikan liputan yang jelas mengenai tindakan Israel terhadap
rakyatPalestin, serta mengakui kekejaman yang telah berlaku.
Serangan dan pengepungan oleh rejim Zionis sejak empat minggu lalu telah
mengorbankan lebih 11,000 rakyat Palestin, antaranya 42 wartawan – angka yang
menandakan konflik paling teruk bagi pekerja media sejak 1992, menurut badan
Committee to Protect Journalists (CPJ).
Penemuan CPJ itu menekankan keperluan mendesak untuk menamatkan
keganasan di Gaza, termasuk terhadap wartawan. Wartawan berdepan bukan
sahaja cabaran dalam melaporkan konflik, tetapi juga risiko dari faktor lingkungan
termasuk gangguan bekalan elektrik, kekurangan makanan dan air, serta sistem
perubatan yang runtuh. Ini telah mengakibatkan kehilangan tragis wartawan,
editor, jurugambar, dan penerbit yang bekerja tanpa jemu untuk membawa realiti
konflik ke hadapan kesedaran global.
Menyasarkan wartawan secara sengaja telah menjadi perkembangan yang
membimbangkan. Ianya terbukti dalam penyiasatan Reporters Without Borders
kepada serangan 13 Oktober Israel di Selatan Lubnan. Juruvideo Reuters Issam
Abdallah kehilangan nyawanya dalam serangan itu, manakala enam wartawan lain
mengalami kecederaan. Insiden sedemikian menyerlahkan lagi keperluan
mendesak agar tindakan antarabangsa diambil bagi melindungi wartawan yang
beroperasi di zon konflik.
Seruan Palestinian Journalists Syndicate agar wartawan sedunia mengecam
penyasaran rakan sekerja mereka sangat bermakna buat kami. Kami bersatu
menyokong usaha berani mereka untuk melaporkan di tengah-tengah huru-hara
dan kemusnahan di Gaza. Usaha mereka memainkan peranan penting dalam
membawa realiti pahit konflik ke hadapan kesedaran awam, menjadikan mereka
aset yang tidak ternilai kepada landskap media global.-SAHIH