SM TENGKU AFZAN SELESAI SANITASI
SM TENGKU AFZAN SELESAI SANITASI
KUANTAN: Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tengku Afzan dekat sini melakukan proses sanitasi di sekolah berkenaan hari ini.
Proses itu dilakukan dengan kerjasama guru dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Biro Ekonomi dan Keceriaan SM Tengku Afzan, Razak Daud berkata, proses sanitasi itu adalah antara usaha pihak sekolah untuk memastikan keselamatan pelajar.
“Kita harap dengan proses sanitasi ini dapat melindungi pelajar daripada terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit, terutama wabak COVID-19.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Biro Ekonomi dan Keceriaan SM Tengku Afzan, Razak Daud
“Saya mewakili PIBG SM Tengku Afzan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya pegawai dan anggota JBPM Pahang, bomba sukarela dan ibu bapa yang meluangkan masa bersama-sama dalam memastikan kelancaran proses sanitasi hari ini,” katanya.
Proses sanitasi itu membabitkan semua kelas dan bangunan asrama sekolah bermula pagi tadi dan selesai kira-kira jam 1 petang.-SAHIH