SKMM TIDAK PERNAH KELUAR SURAT SOKONGAN
SKMM TIDAK PERNAH KELUAR SURAT SOKONGAN
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan surat sokongan menjalankan kerja pembinaan Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Dokumen menggunakan kepala surat dan nama pegawai SKMM berhubung penerimaan dan sokongan kepada pemohon untuk menjalankan pembinaan infrastruktur menerusi JENDELA, sebaliknya ialah palsu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Wujud juga kesilapan yang dikesan pada surat berkenaan membabitkan penggunaan logo SKMM lama dan jawatan semasa yang disandang oleh pegawai berkenaan.
“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan oleh pihak tertentu yang menyebarkan surat, e-mel mahu pun mesej yang tidak ditentukan kesahihannya, lapor BH Online.
“Sekiranya terjumpa kandungan yang mencurigakan, laporkan perkara berkenaan dengan segera agar tindakan susulan boleh diambil oleh pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan, semalam.