SK KUALA MEDANG BANJIR
SK KUALA MEDANG BANJIR
SUNGAI KOYAN: Sekolah Kebangsaan Kuala Medang antara yang dinaiki air serta beberapa buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.
Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa (PIBG) sekolah itu, Zainuddin Awang berkata, paras air mula naik di padang sekolah sebelum ke masuk bangunan sekolah, kira-kira jam 12.00 tengah malam
“Air naik sepenuhnya pada jam 2.00 pagi, setinggi kira-kira 120 sentimeter dan menenggelamkan perabot sekolah dan peralatan pengajaran yang berada di dalam kelas di tingkat bawah bangunan sekolah.
“Kami memindahkan perabot atau peralatan yang boleh diselamatkan ke tempat selamat dengan bantuan ibu bapa, mujur pejabat sekolah berada di tingkat satu bangunan sekolah,”katanya.
Pihak kami turut mendapat bantuan Polis, Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).