Sistem elektronik tingkatkan penjualan tiket
Sistem elektronik tingkatkan penjualan tiket
SEPANG – Kerajaan negeri diminta tidak menghadkan kekerapan penerbangan ke negeri masing-masing bagi menstabilkan harga tiket penerbangan.
Menteri pengangkutan , datuk seri dr wee ka siong berkata had bagi kekerapan penerbangan itu seharusnya dibuat oleh suruhanjaya penerbangan malaysia (mavcom) sebelum diberikan kepada syarikat penerbangan di negara ini.
Ka siong berkata prosedur operasi standard (sop) yang dikeluarkan oleh majlis keselamatan negara (mkn) kepada setiap negeri sudah ketat dan ia sepatutnya tidak menjadi masalah untuk negeri berkenaan menerima kemasukan pelancong.
Memberi contoh kenaikan harga tiket penerbangan di sarawak, ka siong berkata walaupun kerajaan persekutuan sudah membenarkan rentas negeri , jawatankuasa pengurusan bencana negeri sarawak (jpbn) tetap membuat sekatan iaitu hanya membenarkan memasuki negeri berkenaan pada waktu tertentu, dan ia menyukarkan syarikat penerbangan.
datuk seri wee ka siong / menteri pengangkutan
Kami telah berbincang dgn sarawak…. Mereka telah ambil keputusan selepas 1 nov jd ade cara utk mengatasi masalah ini
Katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem elektronik perlesenan (aerolicence ) dan aplikasi mudah alih flysmart , di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur 2 (klia2), pada sabtu.
Sebelum ini, ka siong di parlimen memaklumkan harga tiket penerbangan antara semenanjung dan sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 november 2021, berbanding harga tiket pada 2019.
Sekarang ini sudah nampak harga tiket penerbangan beransur turun , namun masih belum sampai ke tahap yang diidamkan.
Namun penurunan harga tiket itu tidak mungkin akan kembali pada paras harga sebelum terjadinya pandemik covid-19- SAHIH