Siren amaran banjir penutup 2021, tapi sambut 2022 dengan banjir
Siren amaran banjir penutup 2021, tapi sambut 2022 dengan banjir
JERANTUT : Ingatkan siren amaran berbunyi pada 30 Disember 2021 sebagai penutup banjir rupanya penduduk Kampung Bantal, Ulu Tembeling dikejutkan dengan limpahan air yang masuk semula buat kali kedua ke kawasan rumah, kedai kopi dan jeti di pesisir sungai kampung tersebut pada jam 2 petang, hari ini.
Pada 30 Disember 2020, kejadian yang sama juga berlaku, tetapi air surut pada 31 Disember 2020 dan penduduk menyangka banjir itu sebagai penutup tahun 2021 dan tidak akan berterusan serta dapat keluar bekerja semula.
Penduduk kampung itu, Zulkifli Jamaludin berkata, suasana yang sama seperti kejadian pada 30 Disember 2020, air Sungai Tembeling memasuki kawasan rumah, kedai kopi dan menenggelamkan tempat duduk di jeti bot penambang.
“Banyak kayu balak, sisa kayu, reba ranting pokok yang hanyut daripada hulu sungai dan membahayakan kepada perkhidmatan pengangkutan bot penambang.
“Penduduk di sini tidak berani untuk turun ke sungai untuk menangkap ikan dan terus memberhentikan aktiviti pengangkutan bot penambang
Katanya, bagai tidak percaya gelombang kedua banjir berlaku semula disebabkan angin luruan monsun timur laut melanda ke kampung itu.
Seorang penduduk kampung itu, Jamizan Rasid berkata, hujan lebat sejak malam semalam dan air Sungai Tembeling mula melimpah pada jam 3 pagi hari ini mengejutkan semula penduduk yang tinggal di pesisir sungai kampung itu.
“Kami terkejut apabila air sudah melimpah ke kawsan kampung seperti kejadian yang sama seperti pada 30 Disember, saya sangkakan siren amaran 30 Disember sebagai peutup tahun, rupanya malam 1 Januari 2021, air terus naik.
“Namun, penduduk yang tinggal di pesisir sungai ini sudah membuat persediaan rapi sekiranya kejadian banjir lebih buruk berasaskan amaran angin monsun masih belum berakhir,” katanya di Kampung Bantal dekat sini hari ini.
Kejadian banjir yang bermula pada 17 Disember 2020 lalu menyebabkan air Sungai Tembeling melimpah masuk ke kawasan kampung, rumah, kedai kopi, kedai runcit dan rumah penginapan desa yang terletak di pesisir sungai tersebut kemudian berulang semula pada 30 Disember 2020 lalu.
Bagaimanapun, segelintir penduduk di pesisir sungai cuma berpindah ke rumah saudara mara berdekatan sementara menunggu banjir surut.-SAHIH.