SINGKIR 4 MENTERI UMNO TAK DIBINCANG
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin menafikan parti itu memutuskan antara syarat baru bagi meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) adalah pengguguran empat menteri daripada parti itu.
“Tak ada bincang,” katanya ringkas kepada Malaysiakini berhubung perkara itu.
Khaled berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan bahawa pengguguran itu antara beberapa syarat yang disampaikan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Menurut portal Suara TV pada 15 Oktober, permintaan itu disampaikan Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dan Bendahari BN Tengku Adnan Tengku Mansor sehari sebelumnya.
Menurut laporan itu lagi, biro politk UMNO memutuskan pelantikan ahli Kabinet di kalangan UMNO perlu mengambil kira hirarki dalam parti itu.
Sumber: Malaysiakini